Saturday 29 June 2013

Sinopsis Novel : Noorah

Selongkar blog lama and terjumpa pasal buku Noorah ni. So, copy and paste balik :

*****

Ini kisah benar. 'Noorah' mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita Inggeris yang bernama Noorah Katheryn Bennett. Menyusuri kisah kehidupannya membuatkan diri insaf, rupanya ada insan lain yang lebih hebat diuji Tuhan. Noorah dilahirkan di dalam keluarga yang bahagia. Namun, setelah ayahnya mengenali dan berjinak-jinak dengan arak, hidup mereka sekeluarga  porak peranda. Perpisahan ayah dan ibu ketika kecil membuatkan Noorah dan adik-beradiknya yang lain terpaksa ditempatkan di rumah kebajikan.

Hidup dalam tekanan membuatkan Noorah banyak berfikir dan memerhati keadaan sekeliling. Pada mulanya, tegas tidak mahu bertuhan, menolak mentah-mentah termasuk agama Islam (dek kerana muslim sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik dan betul) tetapi siapa yang mampu menghalang hidayah Allah. Perantauannya di bumi Bahrain mempertemukannya dengan keluarga Khaleefah yang banyak menunjukkan akhlak yang begitu memikat hati. Akhirnya Noorah masuk Islam.


***
Buku setebal 292 muka surat ini ialah hasil temuramah penulis (Ummu Hani Abu Hassan Morad) selama 10 hari di kediaman Noorah (Kota London). Noorah diperincikan sebagai seorang wanita yang cekal, memiliki keinginan yang kuat, tabah, berani dan bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.
Jika membaca buku biografi, plot atau jalan cerita itulah keutamaannya.

RINGKASAN plot :
  • Sebelum Islam, namanya Kathryn. Kathryn dilahirkan sebagai anak ke 3 daripada 4 orang adik beradik di mana kesemuanya perempuan. Dia mengumpamakan dirinya seperti jari hantu yang paling tinggi, ditengah-tengah untuk melindungi adik beradiknya yang lain.
  • Ibu dan ayah bercerai membuatkan Kathryn dan adik beradiknya ditempatkan di rumah kebajikan Tidak lama selepas itu, dia dihantar ke penjara juvenil kerana mempunyai rekod buruk di rumah kebajikan kanak-kanak.
  • Mr Don, seorang pekerja sosial  mengambilnya  sebagai anak angkat kerana melihat Kathryn ada potensi untuk menjadi lebih baik.
  • Setahun selepas itu, Kathryn ingin memulakan kehidupannya sendiri dan mula mencari kerja dan belajar berdikari
  • Bekerja di Abu Dhabi membolehkannya fasih bertutur di dalam Bahasa Arab
  • Bekerja di Bahrain pula mempertemukannya dengan sebuah keluarga muslim sejati (mengamalkan ajaran Islam sebenar), Khaleefah. Dia menyewa bilik di rumah mereka, dan mereka pula menganggap Kathryne sebagai keluarga sendiri, selalu berkata-kata dengan perkataan yang baik, memuliakan dia sebagai tetamu, selalu menjemputnya untuk makan sekali. Dari situ, Noorah tertarik untuk memeluk agama Islam.

Banyak lagi penderitaan yang dilalui oleh Noorah setelah bergelar muslim, tetapi menariknya dia menghadapi setiap cubaan dengan begitu tabah seolah-olah dia seorang wanita yang sangat kuat. Tawakkalnya kepada Allah sangat tinggi. Pandai sungguh penulis mengadun kisah Noorah dengan selitan ilmu, ayat Quran, hadis dan motivasi. Maha Bijaksana sungguh Allah menyusun atur kehidupan manusia bernama Noorah ini !.

*5 bintang  (^^,)/


Tuesday 25 June 2013

Peristiwa naik bas dan Ujian hidup

Assalamualaikum

Saya kesian kat adik saya sekarang sebab dia sedang melalui fasa-fasa yang saya lalui sebaik saja tamat pengajian kat u dulu. Tapi saya tahu, lembik-lembik adik saya tu, dia kuat kat dalam..Tau tak, pagi tadi dia kena gigit dengan lipan !! Entah zikir apa yang dia baca, saya tengok dia relax je. Macam kena gigit dengan semut..

Teringat zaman sekolah dulu-dulu. Kalau dibandingkan antara saya dengan adik, kehidupan saya lagi mencabar kot (ni kalau cakap depan dia mesti dia protest. "Hampa tak tau kesusahan kami", kata Pah). Tapikan, sekurang-kurangnya bila dia nak pergi and balik dari sekolah, ayah la yang akan ambik dia. Kira senang la kan. Saya pulak kena naik bas UTC.

Ni la bas UTC

Hari-hari saya akan berdepan dengan debaran yang tinggi. Debaran pertama, waktu nak kena berebut-rebut naik bas and cari tempat duduk. Debaran kedua waktu nak tekan loceng bas sebab saya tak cukup tinggi. Kalau lambat tekan atau loceng tak bunyi, nanti bas tu terlajak jauh ! Ada hari, pak cik bas bawak laju macam orang mabuk. Boleh bayang tak, kalau tak dapat tempat duduk dan kena berdiri  dalam keadaan bas bergerak laju. Beg sekolah berat. Dalam susah payah,  kena struggle pulak untuk tekan loceng bas.

Pasal bas la saya lambat ke sekolah. Bas jugak membuatkan mood saya jadi tak baik. Macam-macam yang berlaku. Ada yang buruk, pahit, masam, sedih, memalukan. Kadang-kadang rasa macam meluat je nak pergi sekolah. Tapi, waktu tingkatan dua dan tiga, saya berkawan dengan Nurul Husna Ahmad. Walaupun mood saya sangat tak elok sebab bas buat hal, bila sampai je kat sekolah and jumpa dengan Husna, hati saya jadi okay balik..Sebab Husna suka senyum, gelak and buat lawak. ceria je. hehehe...

Baru-baru ni saya jumpa dengan Husna balik. Husna masih macam dulu lagi. Suka senyum and gelak-gelak. Saya rasa sangat beruntung Allah pertemukan saya dengan orang yang kuat-kuat. Perempuan besi. Bukan Husna je, Kak Esah, Kak Liza, Saufiyah.. dan jugak yang tak tersebut di sini. Masing-masing punya cerita tersendiri. Nampak happy je, rupanya Allah lebih tahu apa yang pernah dilalui. Ye la, nak jadi kuat bukannya semudah petik jari je kan.



Saya teringat satu ceramah yang saya dengar dalam rancangan Tanyalah Ustazah di TV9. Ustazah Norhafizah beri contoh tentang ujian hidup. Allah telah takdirkan darjat yang tinggi buat sorang hamba di Syurga kelak. Tapi dalam perjalanan hidup hamba tu, ada kesilapan yang dia buat, yang membuatkan dia semacam tak layak untuk capai darjat yang ditakdirkan tu. Jadi, Allah pun menguji dia dengan satu dugaan yang berat dan hebat. Bila hamba tadi tu berjaya menempuh cubaan tu dengan sabar dan tabah, maka Allah pun tinggikan darjat dia seperti yang telah ditetapkan sebelum ni...

Takut bila ingat pasal ujian ni. Tapi, Allah yang Maha Penyayang takkan uji hamba tu kalau hamba tu tak mampu tempuh. Ujian yang diberi adalah layak dengan kekuatan hamba tu sendiri. fuh. Berdoalah semoga sentiasa diberi kekuatan. Sesungguhnya manusia makhluk yang lemah. Bertuahnya muslim, sebab boleh bersandar pada Allah yang Maha Kuat, Gagah dan Perkasa. betul tak??
Allah sentiasa bersama kita. Dia sentiasa memerhati dan menilai kita. Penilaian Allah tu akan menentukan tempat yang layak buat kita disyurga kelak. Jadi, dalam mencari dunia jangan dilupa pada negeri akhirat yang lebih bersifat kekal. Ingat la, penilaian Allah lebih penting !  ^^,


Friday 21 June 2013

Blog lama tu..

Assalamualaikum

Saya rasa agak segan nak share blog lama kat facebook sebab dalam facebook tu ada idola dan kawan-kawan yang lebih ok dan bagus dari saya (akademik, kerjaya, hidup). Saya fikir, kalau diorang baca kisah hidup melarat yang saya tulis di blog lama tu, musti diorang gelak kat saya. Baru tadi saya rasa nak share link blog tu tapi bila baca beberapa kali , tak jadi pulak untuk share. Tak payah la. Tunggu la masa yang sesuai..Lagipun tak ada yang menarik sangat dalam blog tu..


sejukkan mata :)

Semalam, saya chatting dengan Latifah kat facebook, dia pun ada blog. Latifah ni coursemate saya masa kat USM. Sekarang tengah buat phd kat UTM. Blog dia sangat best! Inspiring!  Macam tu jugak dengan blog Fatin Liyana, Amalina Peter, Dr Halina dan ramai lagi. Si Fatin Liyana ni pelajar tahun akhir medik, dulu belajar kat Bandung dan pernah dapat anugerah Best Celebrity Blog dalam World Blogger & Social Media Awards 2012. Amalina Peter pulak businesswoman muslim yang sangat 'gagah'. Walaupun baru berusia 24 tahun, dah achived banyak kejayaan dalam hidup. Dr Halina ialah isteri Dr Sheikh Muszaphar angkasawan negara tu. Kehidupan sibuk sebagai seorang doktor tak menjejaskan peranan seharian sebagai seorang ibu ~ barelysupermommy. Bila diorang membukukan pengalaman masing-masing di dalam blog, secara tak langsung, ianya memberi inspirasi kepada orang lain.. Lagipun blog diorang santai. Relax je baca. Boleh tergelak jugak kadang-kadang tu. haha. 

Baiklah, sebenarnya saya nak bagitau sesuatu. Actually, saya nak buat business ! Inilah tujuan saya buat blog baru. Mulanya nak tulis lain, tapi akhirnya post benda lain pulak. Pun begitu, isu "Tawakal Tak Berbekal" yang saya copy dari majalah Solusi baru-baru ni memang best ! Sekurang-kurangnya ia memberi pedoman pada diri, mengetuk kepala yang hampir terlupa bahawa kalau nak sesuatu tu mesti berusaha. Nak dunia kena berusaha, nakkan akhirat juga kena usaha.

Gambar tangga

Akak saya sendiri dah start business kuih raya. Dia buat part time. Gigih betul malam-malam dok uli and bakar kuih. Tapi saya tak tahu sangat pasal business dia tu sebab dah kena spam kat facebook ! Biasa la adik beradikkan..huhuhu
Ok, setakat ini saja entri kali ni. Thank you pada yang sudi baca.  Siapa yang tak menyesal baca, sila klik like..^^,


Thursday 20 June 2013

Tawakal Yang Tidak Berbekal

Assalamualaikum

Entry daripada majalah Solusi. Have a look! :)


Tawakal harus berbekal. Tawakal itu sifatnya dinamik dan produktif, bukan reaktif, apalagi pasif. Sering diungkap oleh orang bijaksana: "Tuhan telah menyediakan rezeki untuk burung, tetapi ia perlu terbang untuk mendapatkannya."

Tingkat tawakal juga menentukan rezeki seseorang, bukan sahaja kudrat, usaha dan kegigihannya. Ini bukan bererti orang bertawakal tidak berusaha. Tetapi orang bertawakallah yang paling tinggi penyerahan dirinya kepada Allah sekaligus dia juga yang paling gigih berusaha.

Berusaha itu perintah Allah. Berserah kepada Allah juga perintahNya. Maka orang bertawakal itu jaguh dalam kedua-duanya. Hatinya terikat dengan Allah, kudratnya fokus kepada usaha.


Malangnya terdapat dua bentuk ekstrem yang sedang berlaku dalam kalangan umat. Satu kalangan yang hanya berbekalkan tawakal. Satu golongan lagi yang langsung tidak bertawakal.

Golongan yang hanya berbekal tawakal begitu beku dalam tindak tanduk mereka. Mereka tidak berusaha langsung untuk mencapai tahap kehidupan yang lebih baik, sebaliknya berpeluk tubuh seolah-olah menunggu sahaja rezeki jatuh dari langit. Keimanan kepada qadak dan qadar menjadi "escapism" untuk tidak berusaha.

Saidina Umar Al-Khatab pernah singgah di sebuah masjid. Di situ beliau melihat sekumpulan manusia yang asyik beribadah, tidak keluar bekerja.

"Mengapa kamu tidak keluar bekerja?"Saidina Umar bertanya.
"Zuhud", jawab mereka.

Saidina Umar berang lantas berkata : " Apa kamu fikir emas akan turun dari langit?" Lalu mereka digesa untuk bekerja mencari nafkah diri dan keluarga.

Manakala golongan kedua pula hanya berpaksikan usaha lahiriah tanpa bergantung harap kepada Allah. Betapa ramai cendekiawan yang menafikan kewujudan Tuhan? Malah dalam kalangan umat Islam sendiri, ramai orang yang  bergantung kepada usaha diri tanpa menguatkan hubungan dengan Allah. Hiduplah mereka tanpa solat, doa dan tawakal.

Golongan ini sentiasa diambang bahaya. Jika berjaya, kaya dan berkuasa, dia lupa diri, takbur dan zalim. Sebaliknya jika gagal, miskin dan lemah; dia rasa putus asa, kecewa dan hina.

Solusi edisi ke 56 kali ini datang dengan peringatan "Berbekal Tawakal". InsyaAllah dengan tawakal, hidup akan menjadi tenang walaupun dalam ujian yang sentiasa melanda!.

Ustaz Pahrol Muhd Juoi
Solusi Isu -56
M/s 6


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...