Tuesday 25 June 2013

Peristiwa naik bas dan Ujian hidup

Assalamualaikum

Saya kesian kat adik saya sekarang sebab dia sedang melalui fasa-fasa yang saya lalui sebaik saja tamat pengajian kat u dulu. Tapi saya tahu, lembik-lembik adik saya tu, dia kuat kat dalam..Tau tak, pagi tadi dia kena gigit dengan lipan !! Entah zikir apa yang dia baca, saya tengok dia relax je. Macam kena gigit dengan semut..

Teringat zaman sekolah dulu-dulu. Kalau dibandingkan antara saya dengan adik, kehidupan saya lagi mencabar kot (ni kalau cakap depan dia mesti dia protest. "Hampa tak tau kesusahan kami", kata Pah). Tapikan, sekurang-kurangnya bila dia nak pergi and balik dari sekolah, ayah la yang akan ambik dia. Kira senang la kan. Saya pulak kena naik bas UTC.

Ni la bas UTC

Hari-hari saya akan berdepan dengan debaran yang tinggi. Debaran pertama, waktu nak kena berebut-rebut naik bas and cari tempat duduk. Debaran kedua waktu nak tekan loceng bas sebab saya tak cukup tinggi. Kalau lambat tekan atau loceng tak bunyi, nanti bas tu terlajak jauh ! Ada hari, pak cik bas bawak laju macam orang mabuk. Boleh bayang tak, kalau tak dapat tempat duduk dan kena berdiri  dalam keadaan bas bergerak laju. Beg sekolah berat. Dalam susah payah,  kena struggle pulak untuk tekan loceng bas.

Pasal bas la saya lambat ke sekolah. Bas jugak membuatkan mood saya jadi tak baik. Macam-macam yang berlaku. Ada yang buruk, pahit, masam, sedih, memalukan. Kadang-kadang rasa macam meluat je nak pergi sekolah. Tapi, waktu tingkatan dua dan tiga, saya berkawan dengan Nurul Husna Ahmad. Walaupun mood saya sangat tak elok sebab bas buat hal, bila sampai je kat sekolah and jumpa dengan Husna, hati saya jadi okay balik..Sebab Husna suka senyum, gelak and buat lawak. ceria je. hehehe...

Baru-baru ni saya jumpa dengan Husna balik. Husna masih macam dulu lagi. Suka senyum and gelak-gelak. Saya rasa sangat beruntung Allah pertemukan saya dengan orang yang kuat-kuat. Perempuan besi. Bukan Husna je, Kak Esah, Kak Liza, Saufiyah.. dan jugak yang tak tersebut di sini. Masing-masing punya cerita tersendiri. Nampak happy je, rupanya Allah lebih tahu apa yang pernah dilalui. Ye la, nak jadi kuat bukannya semudah petik jari je kan.



Saya teringat satu ceramah yang saya dengar dalam rancangan Tanyalah Ustazah di TV9. Ustazah Norhafizah beri contoh tentang ujian hidup. Allah telah takdirkan darjat yang tinggi buat sorang hamba di Syurga kelak. Tapi dalam perjalanan hidup hamba tu, ada kesilapan yang dia buat, yang membuatkan dia semacam tak layak untuk capai darjat yang ditakdirkan tu. Jadi, Allah pun menguji dia dengan satu dugaan yang berat dan hebat. Bila hamba tadi tu berjaya menempuh cubaan tu dengan sabar dan tabah, maka Allah pun tinggikan darjat dia seperti yang telah ditetapkan sebelum ni...

Takut bila ingat pasal ujian ni. Tapi, Allah yang Maha Penyayang takkan uji hamba tu kalau hamba tu tak mampu tempuh. Ujian yang diberi adalah layak dengan kekuatan hamba tu sendiri. fuh. Berdoalah semoga sentiasa diberi kekuatan. Sesungguhnya manusia makhluk yang lemah. Bertuahnya muslim, sebab boleh bersandar pada Allah yang Maha Kuat, Gagah dan Perkasa. betul tak??
Allah sentiasa bersama kita. Dia sentiasa memerhati dan menilai kita. Penilaian Allah tu akan menentukan tempat yang layak buat kita disyurga kelak. Jadi, dalam mencari dunia jangan dilupa pada negeri akhirat yang lebih bersifat kekal. Ingat la, penilaian Allah lebih penting !  ^^,


No comments:

Post a Comment

Sila la komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...