Saturday 29 June 2013

Sinopsis Novel : Noorah

Selongkar blog lama and terjumpa pasal buku Noorah ni. So, copy and paste balik :

*****

Ini kisah benar. 'Noorah' mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita Inggeris yang bernama Noorah Katheryn Bennett. Menyusuri kisah kehidupannya membuatkan diri insaf, rupanya ada insan lain yang lebih hebat diuji Tuhan. Noorah dilahirkan di dalam keluarga yang bahagia. Namun, setelah ayahnya mengenali dan berjinak-jinak dengan arak, hidup mereka sekeluarga  porak peranda. Perpisahan ayah dan ibu ketika kecil membuatkan Noorah dan adik-beradiknya yang lain terpaksa ditempatkan di rumah kebajikan.

Hidup dalam tekanan membuatkan Noorah banyak berfikir dan memerhati keadaan sekeliling. Pada mulanya, tegas tidak mahu bertuhan, menolak mentah-mentah termasuk agama Islam (dek kerana muslim sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik dan betul) tetapi siapa yang mampu menghalang hidayah Allah. Perantauannya di bumi Bahrain mempertemukannya dengan keluarga Khaleefah yang banyak menunjukkan akhlak yang begitu memikat hati. Akhirnya Noorah masuk Islam.


***
Buku setebal 292 muka surat ini ialah hasil temuramah penulis (Ummu Hani Abu Hassan Morad) selama 10 hari di kediaman Noorah (Kota London). Noorah diperincikan sebagai seorang wanita yang cekal, memiliki keinginan yang kuat, tabah, berani dan bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.
Jika membaca buku biografi, plot atau jalan cerita itulah keutamaannya.

RINGKASAN plot :
  • Sebelum Islam, namanya Kathryn. Kathryn dilahirkan sebagai anak ke 3 daripada 4 orang adik beradik di mana kesemuanya perempuan. Dia mengumpamakan dirinya seperti jari hantu yang paling tinggi, ditengah-tengah untuk melindungi adik beradiknya yang lain.
  • Ibu dan ayah bercerai membuatkan Kathryn dan adik beradiknya ditempatkan di rumah kebajikan Tidak lama selepas itu, dia dihantar ke penjara juvenil kerana mempunyai rekod buruk di rumah kebajikan kanak-kanak.
  • Mr Don, seorang pekerja sosial  mengambilnya  sebagai anak angkat kerana melihat Kathryn ada potensi untuk menjadi lebih baik.
  • Setahun selepas itu, Kathryn ingin memulakan kehidupannya sendiri dan mula mencari kerja dan belajar berdikari
  • Bekerja di Abu Dhabi membolehkannya fasih bertutur di dalam Bahasa Arab
  • Bekerja di Bahrain pula mempertemukannya dengan sebuah keluarga muslim sejati (mengamalkan ajaran Islam sebenar), Khaleefah. Dia menyewa bilik di rumah mereka, dan mereka pula menganggap Kathryne sebagai keluarga sendiri, selalu berkata-kata dengan perkataan yang baik, memuliakan dia sebagai tetamu, selalu menjemputnya untuk makan sekali. Dari situ, Noorah tertarik untuk memeluk agama Islam.

Banyak lagi penderitaan yang dilalui oleh Noorah setelah bergelar muslim, tetapi menariknya dia menghadapi setiap cubaan dengan begitu tabah seolah-olah dia seorang wanita yang sangat kuat. Tawakkalnya kepada Allah sangat tinggi. Pandai sungguh penulis mengadun kisah Noorah dengan selitan ilmu, ayat Quran, hadis dan motivasi. Maha Bijaksana sungguh Allah menyusun atur kehidupan manusia bernama Noorah ini !.

*5 bintang  (^^,)/


No comments:

Post a Comment

Sila la komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...