Thursday 28 November 2013

Fatin "Berpindah Dunia"

Assalamualaikum

 “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Surga maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (QS. ‘Ali Imran : 185)

Sejak dua menjak ni, saya asyik terfikir pasal Fatin. Dah 4 hari Fatin 'berpindah dunia'. Tak ada smartphone yang dapat menghubungkan manusia apabila dah ke alam sana. Sms takkan berbalas, panggilan telefon takkan berjawab dengan suaranya lagi. Rasa macam tak percaya. Bulan 10 haritu, Fatin masih aktif di facebook. Pemergian Fatin yang tiba-tiba agak mengejutkan, buat saya rasa sedih, dan of course, insaf. Ajal datang MENGEJUT. Si empunya diri pun tak tahu bahawa dia akan meninggalkan dunia pada 'minggu ni', 'hari ni'...Terkilan jugak tak pergi melawat Fatin di hospital sebab saya sangka dia akan sembuh lepas operation. Saya membayangkan Fatin sembuh, saya call dan bersembang2 dengan Fatin, rupanya sangkaan saya meleset. Allah tak menangguh perancanganNya.

Kematian menakutkan
Tahun lepas, kami sama-sama menangis waktu melawat arwah Kak Mah, salah seorang guru Bahasa Inggeris Al-Azhar. Balik dari sekolah, kami duduk berbual, menyatakan masing-masing tak sangka dengan pemergian Kak Mah yang tiba-tiba. Sehari sebelum Kak Mah meninggal, Kak Mah nampak ok. Dan kami jugak tak menyangka, setahun lepas tu, giliran Fatin pula. Allahuakhbar, hanya Allah lebih tahu. Sungguh Allah terlalu berahsia...Pengetahuan Allah terlalu luas dan dalam. Hanya Allah Maha Mengetahui.

Sejak dua menjak ni, saya asyik terfikir, saya bila pulak? Orang-orang sekeliling saya bila? Waktu ajal datang, adakah saya sudah bersedia? Adakah amalan ini cukup untuk sampai ke syurga? Mengimpikan syurga yang paling tinggi iaitu Firdaus tapi amalan tak setanding impian. Apa amalan saya yang boleh melayakkan saya ke sana? Ada amalan tapi tak konsisten. Bakti amat sedikit pada ayah bonda dan orang-orang sekeliling. Banyak menyakitkan hati orang lain. Saya jadi risau dan takut...

Dulu2 pandai jaga diri
Kematian itu menakutkan kerana ia datang tiba-tiba. Pernah waktu sekolah menengah dulu (zaman takda dosa) ada satu saat tu, hati saya terdetik, "andai saya mati waktu tu, saya rela, sebab saya dah bersedia, saya tak buat dosa dengan Allah, saya tak buat dosa dengan orang-orang sekeliling, mengata, mengumpat dll." Saya pandai jaga diri dari dosa. Tapi tu dulu. Sekarang saya rasa, saya antara insan yang banyak dosa, terpalit dengan banyak kotoran dunia..kata taknak buat dosa, tapi still tengok Melodi...Kata nak jadi orang yang disukai, tapi bila bukak facebook, terburuk sangka kat kawan2. Dalam tak sedar, termengumpat kawan sendiri...AStagfirullah...

Kematian sebagai motivasi
Bagusnya ingat mati sebab ia akan menjauhkan kita dari dosa, mengubah kita jadi orang yang lebih baik dalam hidup. Dah tak sempat dah nak pandang negatif hidup orang lain. Baiki baiki dan baiki diri sendiri. Kalau kita dalam keadaan emosi yang stabil, iman yang sihat, then ternampak pulak kawan-kawan yg bermasalah dari segi akhlak or iman, kita akan doakan agar dia berubah. Kalau masih tak berubah, tegur secara berhikmah...(zaman skarang ramai orang suka tegur macam pengacara Melodi - main terjah je)

Mati jugak boleh menjadi motivasi untuk bekerja secara jujur. Hanya Allah yang boleh nilai diri kita samada kita jujur atau pun tak...Hanya kita dengan Tuhan je yang tau...........

Semua orang akan melalui fasa 'peralihan dunia' tu. Tapi yang membezakan ialah siapa dia sewaktu mengadap Tuhan. Saya jadi takut..Betul la, peringatan yang paling baik ialah mati....



Tiap-tiap diri (yang berjiwa) mesti merasai mati. Kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan sebagai suatu ujian; dan kepada Kami kamu akan dikembalikan.”
[Surah al-Anbiya’:35]

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha perkasa lagi Pengampun.”
[Surah al-Mulk:2]


Saya pun masih dalam fasa membaiki diri. Moga Allah ampunkan kita semua. Moga kita semua bersilaturahim, berkawan, berjumpa dan berkampung di syurga sana jugak....INSYAALLAH...Amin




No comments:

Post a Comment

Sila la komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...