Tuesday 11 October 2016

Menulis Untuk Disiplinkan Diri

Assalamualaikum!

 ***
Lama tak mencoret di dalam blog ni. Semenjak mula busy kembali dengan dunia business home tuition, hal-hal berkaitan penilitian diri semakin kurang dilakukan. FB pun jarang update, apatah lagi blog! 


Tujuan saya kembali menulis ni adalah untuk mendisiplinkan diri agar banyak membaca. Memang dah jadi lambakan buku-buku di rumah. Borong 4 ke 5 buah, lepas tu simpan saja di rak. Tak tengok langsung. Nanti jumpa buku baru lagi, beli lagi..Aduhai..


Jadi saya bercadang, nak buat review buku. Bila perlu buat review, baru la tinggi sikit disiplin untuk baca buku-buku tu semua. Kalau bukan review pun, saya akan coretkan antara isi-isi penting yang saya cedok daripada buku yang saya baca.



Antara impian dan cita-cita saya adalah untuk menjadi orang yang bermanfaat dan memanfaatkan orang lain. Nak jadi orang bermanfaat, perlulah berilmu dahulu..Moga-moga salah satu usaha ini dapat menjadi saham akhirat yang baik untuk saya kelak, insyaAllah :)


Nur Azliza Hashim
'Nurturing Excellent Generation'

Monday 14 September 2015

Fasa Baru Kehidupan

Assalamualaikum !

Alhamdulillah atas segala kurnia Ilahi. Sudah hampir dua bulan menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Masih dalam proses berkenalan dan kekejutan. hehe. Kami tak berkawan sebelum bernikah. Jadi, masing-masing baru kenal dan terkejut dengan diri masing-masing.

"Eh, ingatkan dia ni macam ni, rupanya camni.." gitu la..hehe


Selepas berpindah ke Kepong, ramai pula waris sekitar SP yang menghubungi saya untuk mengajar anak mereka. Padahal, waktu saya iklankan perkhidmatan dan gigih menunggu panggilan, tiada pula yang bertanya. Apapun, saya bersyukur saja kepada Allah atas segala rezeki yang diberi.

Tinggi harapan untuk membantu pelajar di kawasan sana, namun apakan daya, jasad saya di samping suami di sini. Semoga tutor yang ada di sana dapat menggantikan diri ni. Saya akan teruskan bakti di kawasan baru. Saya yakin, rezeki Allah luas, seluas bumi ciptaanNya :)


Bye and assalamualaikum.. :)

Friday 11 July 2014

Tempahan Kek untuk Majlis Tunang and Kahwin !

Assalamualaikum !

Lama betul tak menulis blog dan post di facebook. Lama tak buat kerja2 macam ni. Kadang2 masa senggang banyak. Kadang terasa masa sangat sikit dan amat laju bergerak. Padahal semua orang dapat 24 jam sehari, sama je la kan. Kalau difikirkan balik, masa adalah salah satu jenis rezeki. Perlu guna baik-baik sebab akan dipersoalkan di akhirat nanti, macam mana kita isi masa kita..fuh~nasihat untuk diri sendiri jugak.. ^^"

Sedar tak sedar dah 13 hari umat Islam berpuasa. Dalam tempoh bulan puasa ni saja, banyak isu-isu dunia yang timbul. Yang paling top ialah pasal Germany kalahkan Brazil dan currently jugak pasal isu Gaza diserang hebat oleh Israel. Feedback kita? haa,.buat pilihan bijak yer. Skarang kan bulan puasa. Bulan berkat dan bulan orang berdoa. Jadi pandai2 la..

Berbalik kepada tajuk post, dalam bulan puasa ni jugak saya and kakak ada buat bisnes kek dan cookies. Ni suma projek raya nanti nanti la..Oleh kerana tajuk post terang-terang tulis pasal 'kakak', so, hari ni kita cerita pasal bisness kakak saya dulu.


Kek hantaran/ tunang/ kahwin
Kepakaran kakak saya ialah menghasilkan kek yang sedap, kemas, teliti dan kreatif. Tak dinafikan hasil tangan kakak saya memang agak teliti. Waktu kecik-kecik dulu, kalau kitorang main rumah lego, rumah kakak saya la paling cantik binaannya sebab kekreatifan dan hasil kerjanya yang kemas. Compare dengan rumah lego saya, tak berapa kemas sangat..hehe. Mari kita usha gambar lain pulak.

 
Moist chocolate cake sangat sedap k !
 
Moist chocolate kek


Kakak saya juga ambik order untuk cup cakes. Semua tempahan ikut citarasa customer. Boleh bincang dengan kakak saya nak kek jenis apa, deco yang macam mana, kaler apa, tema apa. Ikut citarasa anda sebagai customer


Cupcakes untuk customer - majlis tunang

Vanila cupcakes

Chocolate cupcakes


Ok dah dah la tengok gambar tu k. hehe. sebenarnya ada banyak lagi gambar2 kek yang menarik tapi sebab bulan puasa, saya masukkan sikit je la..Tak pasal-pasal ada orang terliur n mengidam pulak nanti kan..huhu.

Bagi yang berminat untuk order boleh whatsapp saya or pm kat facebook saya or kakak  saya. ha, dengar2 ada orang nak kawin kan lepas raya nanti ?!..boleh la contact2, kita nego harga balik k. hehe. Nak dijadikan hantaran pun boleh. Hantaran bertunang pun boleh jugakk. penghantaran adalah percuma di sekitar Sungai Petani dan cas minimum sahaja dikenakan untuk kawasan lain.

Oh ya ! sebelum terlupa, ada satu lagi benda. Afida Artisan Bakery ada buat promosi yer kawan2!. Cepat2 grab this opportunity. yaw !! :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...