Friday 11 July 2014

Tempahan Kek untuk Majlis Tunang and Kahwin !

Assalamualaikum !

Lama betul tak menulis blog dan post di facebook. Lama tak buat kerja2 macam ni. Kadang2 masa senggang banyak. Kadang terasa masa sangat sikit dan amat laju bergerak. Padahal semua orang dapat 24 jam sehari, sama je la kan. Kalau difikirkan balik, masa adalah salah satu jenis rezeki. Perlu guna baik-baik sebab akan dipersoalkan di akhirat nanti, macam mana kita isi masa kita..fuh~nasihat untuk diri sendiri jugak.. ^^"

Sedar tak sedar dah 13 hari umat Islam berpuasa. Dalam tempoh bulan puasa ni saja, banyak isu-isu dunia yang timbul. Yang paling top ialah pasal Germany kalahkan Brazil dan currently jugak pasal isu Gaza diserang hebat oleh Israel. Feedback kita? haa,.buat pilihan bijak yer. Skarang kan bulan puasa. Bulan berkat dan bulan orang berdoa. Jadi pandai2 la..

Berbalik kepada tajuk post, dalam bulan puasa ni jugak saya and kakak ada buat bisnes kek dan cookies. Ni suma projek raya nanti nanti la..Oleh kerana tajuk post terang-terang tulis pasal 'kakak', so, hari ni kita cerita pasal bisness kakak saya dulu.


Kek hantaran/ tunang/ kahwin
Kepakaran kakak saya ialah menghasilkan kek yang sedap, kemas, teliti dan kreatif. Tak dinafikan hasil tangan kakak saya memang agak teliti. Waktu kecik-kecik dulu, kalau kitorang main rumah lego, rumah kakak saya la paling cantik binaannya sebab kekreatifan dan hasil kerjanya yang kemas. Compare dengan rumah lego saya, tak berapa kemas sangat..hehe. Mari kita usha gambar lain pulak.

 
Moist chocolate cake sangat sedap k !
 
Moist chocolate kek


Kakak saya juga ambik order untuk cup cakes. Semua tempahan ikut citarasa customer. Boleh bincang dengan kakak saya nak kek jenis apa, deco yang macam mana, kaler apa, tema apa. Ikut citarasa anda sebagai customer


Cupcakes untuk customer - majlis tunang

Vanila cupcakes

Chocolate cupcakes


Ok dah dah la tengok gambar tu k. hehe. sebenarnya ada banyak lagi gambar2 kek yang menarik tapi sebab bulan puasa, saya masukkan sikit je la..Tak pasal-pasal ada orang terliur n mengidam pulak nanti kan..huhu.

Bagi yang berminat untuk order boleh whatsapp saya or pm kat facebook saya or kakak  saya. ha, dengar2 ada orang nak kawin kan lepas raya nanti ?!..boleh la contact2, kita nego harga balik k. hehe. Nak dijadikan hantaran pun boleh. Hantaran bertunang pun boleh jugakk. penghantaran adalah percuma di sekitar Sungai Petani dan cas minimum sahaja dikenakan untuk kawasan lain.

Oh ya ! sebelum terlupa, ada satu lagi benda. Afida Artisan Bakery ada buat promosi yer kawan2!. Cepat2 grab this opportunity. yaw !! :)




No comments:

Post a Comment

Sila la komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...