Thursday 28 November 2013

Fatin "Berpindah Dunia"

Assalamualaikum

 “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Surga maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (QS. ‘Ali Imran : 185)

Sejak dua menjak ni, saya asyik terfikir pasal Fatin. Dah 4 hari Fatin 'berpindah dunia'. Tak ada smartphone yang dapat menghubungkan manusia apabila dah ke alam sana. Sms takkan berbalas, panggilan telefon takkan berjawab dengan suaranya lagi. Rasa macam tak percaya. Bulan 10 haritu, Fatin masih aktif di facebook. Pemergian Fatin yang tiba-tiba agak mengejutkan, buat saya rasa sedih, dan of course, insaf. Ajal datang MENGEJUT. Si empunya diri pun tak tahu bahawa dia akan meninggalkan dunia pada 'minggu ni', 'hari ni'...Terkilan jugak tak pergi melawat Fatin di hospital sebab saya sangka dia akan sembuh lepas operation. Saya membayangkan Fatin sembuh, saya call dan bersembang2 dengan Fatin, rupanya sangkaan saya meleset. Allah tak menangguh perancanganNya.

Kematian menakutkan
Tahun lepas, kami sama-sama menangis waktu melawat arwah Kak Mah, salah seorang guru Bahasa Inggeris Al-Azhar. Balik dari sekolah, kami duduk berbual, menyatakan masing-masing tak sangka dengan pemergian Kak Mah yang tiba-tiba. Sehari sebelum Kak Mah meninggal, Kak Mah nampak ok. Dan kami jugak tak menyangka, setahun lepas tu, giliran Fatin pula. Allahuakhbar, hanya Allah lebih tahu. Sungguh Allah terlalu berahsia...Pengetahuan Allah terlalu luas dan dalam. Hanya Allah Maha Mengetahui.

Sejak dua menjak ni, saya asyik terfikir, saya bila pulak? Orang-orang sekeliling saya bila? Waktu ajal datang, adakah saya sudah bersedia? Adakah amalan ini cukup untuk sampai ke syurga? Mengimpikan syurga yang paling tinggi iaitu Firdaus tapi amalan tak setanding impian. Apa amalan saya yang boleh melayakkan saya ke sana? Ada amalan tapi tak konsisten. Bakti amat sedikit pada ayah bonda dan orang-orang sekeliling. Banyak menyakitkan hati orang lain. Saya jadi risau dan takut...

Dulu2 pandai jaga diri
Kematian itu menakutkan kerana ia datang tiba-tiba. Pernah waktu sekolah menengah dulu (zaman takda dosa) ada satu saat tu, hati saya terdetik, "andai saya mati waktu tu, saya rela, sebab saya dah bersedia, saya tak buat dosa dengan Allah, saya tak buat dosa dengan orang-orang sekeliling, mengata, mengumpat dll." Saya pandai jaga diri dari dosa. Tapi tu dulu. Sekarang saya rasa, saya antara insan yang banyak dosa, terpalit dengan banyak kotoran dunia..kata taknak buat dosa, tapi still tengok Melodi...Kata nak jadi orang yang disukai, tapi bila bukak facebook, terburuk sangka kat kawan2. Dalam tak sedar, termengumpat kawan sendiri...AStagfirullah...

Kematian sebagai motivasi
Bagusnya ingat mati sebab ia akan menjauhkan kita dari dosa, mengubah kita jadi orang yang lebih baik dalam hidup. Dah tak sempat dah nak pandang negatif hidup orang lain. Baiki baiki dan baiki diri sendiri. Kalau kita dalam keadaan emosi yang stabil, iman yang sihat, then ternampak pulak kawan-kawan yg bermasalah dari segi akhlak or iman, kita akan doakan agar dia berubah. Kalau masih tak berubah, tegur secara berhikmah...(zaman skarang ramai orang suka tegur macam pengacara Melodi - main terjah je)

Mati jugak boleh menjadi motivasi untuk bekerja secara jujur. Hanya Allah yang boleh nilai diri kita samada kita jujur atau pun tak...Hanya kita dengan Tuhan je yang tau...........

Semua orang akan melalui fasa 'peralihan dunia' tu. Tapi yang membezakan ialah siapa dia sewaktu mengadap Tuhan. Saya jadi takut..Betul la, peringatan yang paling baik ialah mati....



Tiap-tiap diri (yang berjiwa) mesti merasai mati. Kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan sebagai suatu ujian; dan kepada Kami kamu akan dikembalikan.”
[Surah al-Anbiya’:35]

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha perkasa lagi Pengampun.”
[Surah al-Mulk:2]


Saya pun masih dalam fasa membaiki diri. Moga Allah ampunkan kita semua. Moga kita semua bersilaturahim, berkawan, berjumpa dan berkampung di syurga sana jugak....INSYAALLAH...Amin




Sunday 17 November 2013

Semoga Fatin cepat Sembuh

Assalamualaikum

Hari ni hari Ahad. Sekolah di Malaysia rata-ratanya telah pun bercuti. Tapi, tak sampai seminggu, saya dah mula rindukan persekitaran sekolah. Entah apa la yang dirindukan pun tak tahu laa. huhu. Selalunya saya je yang rindu kat orang-orang, tapi orang-orang lain tak ingat kat saya pun. Apa-apa pun, saya ada Allah, Tuhan yang tak pernah jemu merindukan saya, sebab tu ujian sentiasa tak putus-putus. Allah rindu nak dengar doa hambaNya..

Kelmarin, bila terbaca status kak Ani kat facebook tentang Fatin Nasuha, saya jadi keliru-keliru sikit. Fatin Nasuha yang mana? Student Al-Azhar ke cikgu? Tapi saya risau, takut-takut orang yang dimaksudkan oleh kak Ani ialah Fatin Nasuha, ex-colleague di Al-Azhar dulu. Sebab curious sangat, saya call kak Esah, dan betul la, yang dimaksudkan oleh kak Ani ialah Fatin Nasuha. Fatin kena operate sebab ada cyst. Sedihnya...


Semoga Fatin cepat sembuh..Semoga sesiapa pun yang diuji oleh Allah atas dunia ni, bersabar atas setiap ujian. Ia sebagai kaffarah atas dosa-dosa yang lalu. Juga supaya kita tak lalai dan leka, bahawa dunia ini hanya bersifat sementara...


Saturday 2 November 2013

Omega 3 dan Kekuatan Ingatan

Assalamualaikum

Hari ni hari Sabtu. Ok, hari ni cuti sekolah. Alhamdulillah. Cuti gak akhirnya. Semalam, kepala saya berdenyut-denyut. Mungkin sebab cuaca yang panas terik pada waktu siangnya. Jadi tidur awal adalah ubat yang terbaik. Waktu bangun pagi-pagi tadi, rasa macam "arggh, malaihnya nak pi sekolah". Dok sekejap, baru tersedar balik, "eh hari ni cuti" ^^

Mintak maaf semua, resepi yang saya share sebelum ni sebenarnya sangat la simple, macam perasan pandai masak pun ada gak, tapi kalau saya tak tulis kat dalam blog, ia akan hilang macam tu je bersama-sama kenangan sewaktu tinggal di Jitra dulu. Menulis umpama tali yang mengikat kuda liar, kalau kita tak tulis, ia akan hilang.

Maklum la, manusia kan mudah lupa. oh ya, sebut pasal lupa, saya pun semakin risau dengan tahap ingatan yang semakin menurun ni. Eh tak sampai umor 3o tahun lagi kot untuk dapat penyakit lupa. Kekhuatiran tu dah lama, semenjak keluar dari universiti dulu lagi. Tak dinafikan, bila kehidupan seharian tak relate banyak sangat dengan pembacaan dan hafalan, daya ingatan pun jadi semakin lemah (padahal cikgu). Specs pun kadang-kadang tak ingat letak kat mana. Kerisauan tu jugak menyebabkan saya mula hafal sesuatu dan mencari-cari solusi dari segi pemakanan. Selain kismis, saya mula amalkan produk Herbalife yang satu ni (cewah, baru je amal, hehe) Produk itu ialah ;





**OMEGA-3 FISH OIL**

Asid lemak Omega-3 ialah asid lemak perlu. Oleh kerana tak dihasilkan dari dalam badan, kita perlu memastikan omega-3 ada dalam diet seharian kita.

Banyak health benefits yang boleh didapati dengan mengambil asid lemak omega 3. Antaranya ialah :

@ Baik untuk kesihatan jantung
@ Mengurangkan simptom  osteorthritis (radang sendi)
@ Kurangkan tanda-tanda penuaan
@ Memelihara kehilangan otot
@ Baiki kesihatan tulang
@ Baiki kadar pembakaran lemak
@ Meningkatkan daya ingatan 

Boost brain power and memory 
Researchers have found positive associations between fish oil supplements and cognitive functioning as well as differences in brain structure between users and non-users of fish oil supplements. Compared to non-users, fish oil supplements were associated with better cognitive functioning during the study. The unique finding, however, is that there was a clear association between fish oil and brain volume in two critical areas utilized in memory and thinking (cerebral cortex and hippocampus). In other words, fish oil use was associated with less brain shrinkage in patients taking these supplements.
Bottom line: A diet lacking in omega-3 fatty acids, may cause your brain to age faster and lose some of its memory and thinking abilities. Add to keep your brain healthy through the years ; by Natasha Turner, N.D. is a naturopathic doctor (refer this SITE)

Omega-3 Fatty Acids: Basics
Omega-3 fatty acids are considered essential fatty acids. We need them for our bodies to work normally. There are several types of omega-3 fatty acids. Two crucial ones -- EPA and DHA -- are primarily found in certain fish. Plants like flax contain ALA, an omega-3 fatty acid that is partially converted into DHA and EPA in the body. Algae oil often provides only DHA.
Most experts say that DHA and EPA -- from fish and fish oil -- have better established health benefits than ALA. DHA and EPA are found together only in fatty fish and algae. DHA can also be found on its own in algae, while flaxseed and plant sources of omega-3s provide ALA -- a precursor to EPA and DHA, and a source of energy (refer this SITE)


Sorry la, malas pulak nak translate, bagi sesiapa yang tak faham boleh tanya di ruang comment k. Mari aktifkan sel-sel otak kita melalui pembacaan, hafalan dan pemakanan !

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya 013-4101719 atau PM di facebook :)



Monday 28 October 2013

Hari graduasi, solat hajat dan bacaan yasin

Assalamualaikum

Siang tadi ada majlis graduasi di maktab. Kerana harga sebuah pengalaman adalah sangat mahal, saya ikut serta jugak dalam program tersebut bersama dengan cikgu-cikgu lain. Maknanya, termasuk hari ni, hampir 2 minggu saya asyik bekerja je memanjang, tanpa cuti :( 


Majlis selesai pada tengaharinya. Selepas makan-makan dan sembahyang Zuhur, saya and kak Hana ke surau untuk majlis baca yasin pulak. Semasa di Al-Azhar Jitra dulu, saya 'tak merasa' sangat program-program macam ni, sebab tak pegang kelas yang nak exam. Lagipun, mengajar kanak-kanak kecil membuatkan diri sentiasa terikat di kelas. Tak boleh pergi mana-mana sebab kena jaga 'anak-anak' kecik tu. Namun dari sudut lain yang positif, saya jadi pandai handle budak-budak, faham karenah diorang dan bertambah sabar dalam mendidik. It's okay. Tiga tahun di universiti, saya ambik minor Psikologi dan pada tahun akhir, saya belajar tentang Psikologi Perkembangan (Development Psychology). Alhamdulillah, bila jadi guru, apa yang saya belajar dalam Psikologi Perkembangan, saya praktik di sini

Kat sekolah dulu, antara guru yang memberi kesan dalam dunia persekolahan saya ialah Cikgu Maryam. Saya tak rajin untuk tulis pasal Cikgu Maryam kat sini sekarang, tapi saya just nak petik kaya-kata 'hikayat' cikgu kesayangan saya tu. eh, bukan kata-kata hikayat, tapi pertanyaan yang buat saya berfikir.

Cikgu Maryam pernah ajukan soalan dalam kelas,
" Kalau kamu jadi seorang guru, apa perasaan kamu kalau student yang kamu ajar tu,  macam kamu?" waktu cikgu cakap macam tu, dia tengah beleter sebenarnya. huhu. Kelas Cikgu Maryam memang banyak selingan. Banyak jugak sindiran.

"Saya kesian, cikgu". Serius memang kesian. Teringat waktu zaman saya sekolah menengah dulu-dulu, saya tahu apa perasaan berada dalam keadaan tekanan macam tu, blur, hilang semangat, kurang motivasi, risau dan bimbang tentang masa depan. aduhai...speechless. Itu pandangan dari kaca mata saya la. Kalau cikgu Maryam, mungkin pandangan dia lain pulak.  Agaknya dia geram kot, sebab tu dia cakap gitu. hehe.
Untuk para tetamu dan guru

Selepas baca yasin di surau, majlis bersambung dengan program mohon restu pulak. Pelajar-pelajar Form Five bersalaman sambil mohon maaf dengan guru-guru dan ibubapa. Waktu mohon restu tu, tiba-tiba ada sorang student lelaki datang, berhadapan dengan setiap guru, bersungguh-sungguh menangis memohon maaf. Kesian jugak tengok. 'Kalau la cikgu boleh tolong kamu...' Tapi bonus untuk student tu, sudah pasti waktu tiap kali mendoakan diorang, muka dia yang saya ingat dulu. Sebab kesungguhan dia mintak maaf tu la..huhu. Yer, bila saya ingat, saya akan doa untuk diorang.

Sekarang saya dah tak ajar Form Five. Lagipun tempoh persekolahan dah hampir tamat. November nanti, berakhir lah tugas saya di sini. Pun begitu, saya masih yakin apa-apa yang saya lalui sekarang adalah suatu fasa  persediaan yang Allah rancang, agar saya jadi lebih matang untuk pikul amanah yang lebih besar pada waktu hadapan.

InsyaAllah :)


Sunday 29 September 2013

Status halal Herbalife

Assalamualaikum

Wah, dah lama tak update blog. Sejak dua menjak ni memang agak busy dengan tugas mengajar dan tugas-tugas sampingan lain sebagai seorang guru. Memandangkan hari ni cuti, sempat la update :)

Sambil update blog, buat shake Herbalife dulu~ hari ni minum shake strawberi pulak! ish ish ish, rasa macam kat Cameron Highland pun ada huhu. dah la kat luar tu hujan renyai renyai. Shake Herbalife (F1) mengandungi nutrient dan asid amino yang baik untuk tubuh badan kita, juga merupakan makanan nutrisi sel. Bila sel-sel badan dapat nutrisi lengkap, badan pun bertambah sihat :)

Merujuk tajuk di atas, tajuk ni dipilih memandangkan masih ada lagi kawan-kawan yang bertanya tentang status halal produk Herbalife. Yer la, kalau tengok kat botol Herbalife tu memang tak ada tanda logo halal JAKIM. Tahu tak kenapa tak ada?? yup! sebab Herbalife diimport dari negara luar. Pun begitu, jangan la risau eh sebab Herbalife ini dijamin halal oleh INFANCA. INFANCA ialah singkatan untuk Islamic Food and Nutrition Council of America. Kalau tak caya cuba klik link ini INFANCA then search Herbalife kat 'product search' tu

anda akan jumpa macam ni

Jadi, sesiapa yang masih keliru-keliru lagi tentang status Herbalife, boleh klik laju laju link kat atas tu. Tapikan kalau dah ramai ustaz ustazah yang dah consume Herbalife, nak confius apa lagi kan...huhu..

source : Google

Apa-apa pun, mencari yang benar adalah hak diri masing-masing supaya keyakinan ketika menggunakan produk ini tinggi. No syubhah syubhah. No was was ok. So, no problem :)

Berminat untuk turut sama consume Herbalife? boleh contact saya 013-4101719 or pm di facebook ^^,
ok bye, and assalamualaikum..

Friday 30 August 2013

Pengalaman yang mahal

Assalamualaikum

Hari ni dah masuk hampir dua bulan saya menjadi guru ganti di sini. Hampir dua minggu juga saya bekerja tanpa cuti dek kerana kelas yang  diajar adalah kelas pelajar-pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Kelas tambahan takkan berhenti sehinggalah SPM tiba. Hari Sabtu, saya tumpang mendengar ceramah yang disampaikan oleh Puan Shaariah, Pengarah Kolej Mara Kuala Nerang sempena kursus Integriti guru MRSM Kepala Batas.  Sangat menginspirasikan diri untuk menjadi guru yang cemerlang, ikhlas mendidik dan memimpin pelajar-pelajar agar menjadi insan rabbani, insan yang mengenal Tuhan. 

Namun saya sedar, saya kepenatan. Penat dan kadang-kadang tertekan dengan environment baru yang perlu saya hadam cepat-cepat. Tapi,  semua tekanan tu Alhamdulillah berjaya disalurkan ke arah doa yang diadukan kepada Allah sehari-hari. Allah Maha Mendengar. Letih, adu pada Allah. Sedih, adu pada Allah. Nak marah, adu pada Allah. Semua masalah saya report kat Allah. Alhamdulillah, lemah-lemah saya, berjaya jugak saya diterima untuk sambung kontrak mengajar lagi dua bulan.

Sukar rasanya untuk beradaptasi dengan persekitaran baru. Maklumlah, meninggalkan alam Universiti hampir empat tahun lamanya, berkecimpung pula dalam dunia pendidikan rendah, tiba-tiba melompat untuk mengajar pelajar-pelajar elit di mana lidah mereka bagai air, minda mereka pantas mentafsir...Ia bukan mudah..Kadang saya terhimpit dengan perasaan sendiri. Hanya dapat memujuk hati,."tak apa, Allah kan ada. He is preparing something special for me. I will be an excellent teacher soon Insyaallah.




Bukanlah kerana harta seseorang guru itu dipandang mulia oleh pelajar atau masyarakat. Bukan juga kerana rupa. Tetapi kerana hebatnya hubungan yang terbina antara si guru dengan Rabb, kerana peribadi, akhlak, dan keluasan serta kedalaman ilmu yang dikongsi oleh guru tersebut dengan pelajar-pelajarnya. Didikan seorang guru yang ikhlas itu mahal !

#edited


Friday 2 August 2013

"Saya kesian kat kamu semua"

Assalamualaikum

Tinggal beberapa hari je lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri (kalau tak silap 6 hari lagi). Pun begitu, Ramadhan tak boleh la disia-siakan begitu saja. Kehadirannya perlu dihargai dengan sebaik mungkin. Ia salah satu tawaran hebat oleh Allah swt buat umat Baginda Muhammad saw yang berumur pendek, untuk merasai pahala seperti umat-umat terdahulu yang berumur panjang. Umur kaum Bani Israil panjangnya melebihi seratus tahun. Diorang berkesempatan untuk beribadat lebih dari 80 tahun. Umur umat akhir zaman pula pendek. Kebanyakannya hanya mampu hidup dalam lingkungan 60+ tahun saja. Sebab tu la Allah yang Maha Pemurah hadiahkan Lailatulqadar. Pada malam tersebut, pahala berganda dengan hebat seolah-olah melakukan ibadat seperti 83 tahun lamanya (seribu bulan). Amazing ! Subhanallah !


Dalam rutin harian mengajar di MRSM, banyak benda baru yang saya pelajari. Kadang rasa senang, dan kadang rasa susah. Allah jugak tempat saya mohon kekuatan. Allah saya kan Gagah !

Entah kenapa, sewaktu dalam kelas kemarin, saya tiba-tiba jadi sebak tengok muka anak-anak pelajar form 405 tu. Muka diorang macam tak bersemangat. (oih, kenapa perlu emo tiba-tiba kan..huhu) Atau mungkin ke sebab diorang posa, muka jadi lesu tidak bermaya?

Akibat emo tak bertempat tu, saya cakap kat diorang :

"Saya kesian kat kamu semua" sebak. Pastu saya diam.
"Kamu kan budak MRSM". Fikir saya, budak-budak MRSM mana boleh ada attitude macam tu. Diorang perlu sentiasa bersemangat waja ! hehe. kalau diorang dok buat malas-malas macam tu, Allah akan tarik balik nikmat ilmu, kebijaksanaan dan kelebihan-kelebihan yang diorang miliki sekarang. Sifirnya macam tu la. Semua kelebihan tu Allah pinjamkan untuk orang-orang yang layak je.


Apa yang saya lalui dalam hidup, saya rasa pahit. Bila tengok muka-muka suci tu, saya rasa kesian kalau diorang terpaksa tempuh jalan yang saya lalu ni. Di lalaikan oleh zone yang selesa. Maklum la form 4.  Moga Allah beri kemudahan kepada semua students untuk terus thabat dalam mencari ilmu pengetahuan. Ia bukan proses senang!

Sebelum keluar kelas, sempat saya pesan kat diorang, suruh banyakkan berdoa kepada Allah dalam bulan Ramadhan ni, mintak agar Allah beri kekuatan dan semangat. Manusia makhluk yang lemah, kepada Allah jugak tempat bersandar yang paling kukuh. Moga-moga dalam 28 orang tu, at least ada la dua tiga orang yang ingat  nasihat saya huhu. Sebenarnya nak membebel panjang, tapi loceng dah bunyi pulak..

Allah ya Rahman, Allah ya Rahim.. ^^,


Thursday 18 July 2013

The root is growing

Assalamualaikum

Saya baru balik dari sekolah ! Tengah tunggu giliran untuk masuk bilik air. Gigihkan?! sempat lagi taip entry baru. Maklum la, purata waktu seorang family member masuk ke bilik air ialah hampir 20 minit. Macam-macam boleh buat dengan 20 minit menunggu tu.

Sejak dua menjak ni, hari-hari kena beratur kalau nak masuk bilik air. Kalau pagi-pagi, lagi ramai and lagi lama perlu menunggu. Sabar je la...huhuhu. Waktu tengah menaip ni, saya rasa sangat penat plus letih. Rutin baru saya, bangun seawal 4:30 pagi dan tidur seawal 9:30 malam. Nak terawih pun dah tak terdaya. Sebelum bulan puasa boleh je berjaga lewat malam. Paling lewat, saya tidur pukul 12:00 (tak ada la lewat sangat kan). Tapi entah kenapa sejak mula mengajar balik, atau mungkin sejak Ramadhan, saya jadi mengantuk awai. Boleh pulak tengah menonton tv elok2, mata terlelap. Mungkin sebab tak amalkan minum tea mix kot...hehe


Tea  mix provide energy!

Seperti yang saya maklumkan sebelum ni, saya mula mengajar balik. Saya mengajar di MRSM dekat dengan hometown saya. Saya jadi nervous bila first time masuk ke kelas. Sebab saya assume, semua budak2 yang bakal saya ajar adalah budak-budak pandai. Jadi, banyak jugak benda memalukan  (bagi saya la) yang saya dah buat..Nervous tapi tak pandai cover! Saya perlu PENGALAMAN yang lebih tebal! T_T

Tapi, adakah saya menyesal? Orang yang 'teachable' tahu bahawa dirinya banyak kelemahan. So dia akan sentiasa memperbaiki diri. Gagal, gagal, gagal, tak bermakna kalah. Orang yang teachable tak termenung memikirkan kegagalan lalu, sebaliknya sentiasa bergerak memperbaiki diri.Dari hari ke hari sentiasa ada improvement. Bila jatuh je, cepat-cepat bangun balik. Orang takkan rasa nak marah sebab orang tahu, kita sedang growing!. Biarkan je la, kalau ada yang tergerak hati nak cakap sesuatu. Atau tergerak hati nak judge sesuatu. Asalkan, orang yang 'teachable' tadi sentiasa baiki diri. Kalau dah letih sangat nak kejar target (buat semua ni semata-mata kerana nakkan dunia-jawatan/wang dan sebagainya), ubah la target tu, buat semua tu semata-mata sebab nakkan syurga yang tertinggi, Firdaus. Yang tu semua orang layak terutama bagi orang yang sentiasa memperbaiki diri. Tapi yang paling penting, redha Allah la..

Saya takkan mengalah dengan budak-budak tu ataupun kat semua cikgu-cikgu di situ. Biarpun saya kerdil, kecik dan banyak kekurangan, saya ada Allah yang Besar, Gagah dan Maha sempurna. He, will guide me and show me, how to grow! Sapa la saya ni  kat MRSM ulul albab tu. Mungkin pada pandangan diorang, saya hanyalah seoarang guru ganti yang mengganti guru bersalin je. Tapikan, segala peluang yang Allah bagi, takkan saya sia-siakan. I will learn something there. I want to grow!

I heard someone said : "The root is growing. God is preparing you to be someone that can hold the important position soon."


At least, I'm growing. Takpa andai tak nampak pada kaca mata manusia. Asalkan  saya sendiri tahu, saya sedang berubah!  InsyaAllah.

haih, blog ni dah jadi medium muhasabah diri pulak kan..huhu. ala, bukannya ada ramai orang baca pun,..


Saturday 6 July 2013

Diskaun dalam Herbalife

Assalamualaikum

Niat dihati nak update blog esok je, tapi memandangkan esok ada kerja lain yang perlu diselesaikan (KERJA PENTING), maka malam ni takpa la bersengkang mata jap.

Peranan utama sorang guru ialah mengajar. Saya suka mengajar!  Tapi kan, bila kena mengajar subjek matematik, saya jadi serabut sikit nak explain kat student. Diri sendiri faham, tapi nak kasi orang faham apa yang kita faham tu satu hal. Teringat waktu kena mengajar subjek matematik darjah 3 and 4. Haru biru sikit sebab diorang tak faham apa yang saya explain. Terus ke level tinggi kot. Tu yang pakat blur habis tu. huhu..


Ok. saya baik hati, jadi saya perlu bagi tahu siap-siap, dalam Herbalife ada diskaun ! Tapi bergantung kepada kemampuan pengguna la. Nak diskaun pun tak pa, tak nak pun tak pa...Feel free to choose either one.

Sebelum tu jugak, perlu diberitahu, setiap produk dalam Herbalife dikira dalam nilai VP iaitu Volume Point. Ini kerana Herbalife boleh didapati di hampir 80+ country di seluruh dunia, jadi mata wang tidak sama. Nilai VP membantu menyamaratakan nilai tu. haa, gitu la secara ringkasnya.

Untuk program naik atau turun berat badan, selalunya kome akan disyorkan dengan set SNP iaitu Start New Pack. Dalam SNP ada  Formula 1(shake) + Soy Protein + Tea Mix. Nilai satu SNP ialah 61.85


Diskaun 25%
Kalau harga barang RM100 dibeli dengan diskaun 25% , barang akan jadi RM75 betul tak? Ok, dah murah. Untuk dapatkan diskaun 25%, kome boleh sign up sebagai ahli and dapatkan IBP beg. Dalam tu ada buku-buku berkaitan Herbalife, DVD, sudu penyukat, borang, pin 'Lost weight now ask me how' dan yang paling penting sekali, dapat nombor pin untuk sign in dalam web MYHERBALIFE. Bila dah sign up, boleh la buat pembelian secara online.
Diskaun 35%
Untuk orang yang serius nak turunkan berat atau naikkan berat badan, diskaun 35% ni sangat sesuai.  Diskaun ni adalah seumur hidup. Means, bila-bila pun kome boleh beli produk dengan diskaun sebanyak 35%. Kalau harga barang RM100, dah jadi semurah RM65 lepas diskaun. Untuk dapatkan diskaun ni, boleh beli produk dengan nilai 500 VP. Kalau ambil SNP saja, boleh dapat dalam 8 set. Cukup untuk program selama 4 bulan (program bergantung pada berat badan untuk ke tahap ideal)

Diskaun 42%
Perlu beli produk hingga 1000 VP. Mungkin the whole family nak guna produk. Jadi diskaun ni sesuai la untuk diorang. Boleh dapat dalam 16 SNP.

Diskaun 50%
Untuk dapatkan diskaun ni, kena buat belian yang sangat banyak. Untung bila berada di peringkat ni sebab dia dah jadi supervisor. Tapi ni cerita untuk orang yang berminat untuk buat business la kan..Selalunya, orang yang dah dapat result berat badan yang ideal, pembelian produknya dah menghampiri diskaun ni...

Tak semestinya kome beli SNP je, bergantung kepada apa yang disyorkan oleh sponsor/coach (orang yang perkenalkan Herbalife kat kome)...
@ Berat kamu berapa?
@ Untuk menghampiri ke berat normal, berapa yang perlu ditambah atau dikurangkan?
@ Program yang sesuai beserta diskaun yang perlu diketahui

Dah terang semua ni, baru terpikior, si Anis ada kasi saya kertas promotion combo tu...lahaiii... tengok yang tu je la.. Tapi, adil gak la untuk orang lain faham pasal diskaun dalam Herbalife ni..Jadi, adakah pernyataan panjang di atas mudah difahami? hmmm...Tak faham tanya eh, saya seorang cikgu yang penyabar (^^)v

Dulu-dulu student saya tanya direct je kalau tak faham. hehe. Apa-apa pun, pm di facebook or text me (013-4101719) Esok mungkin busy sikit tapi insyaAllah, akan cuba sedaya upaya membalas mesej2 anda :)


Friday 5 July 2013

Perasaan yang menghalang ke syurga

Assalamualaikum

Hari ni agak letih. Al maklum la, FOKUS Herbalife punya pasal. Banyak benda yang bercabang di minda. Banyak berfikir, banyak jugak mainan emosi. Bila dah rasa serabut sangat, saya serah je kat Allah, then semua tu settle ! Pandai tak?? huhuhu

Letih lagi ni... Tapi nak tulis blog tapi letih...

Baiklah, dah terfikir kan, jadi tulis je la...Ikut suka la sesapa nak baca or tak. Hari ni tulisan caca merba sikit sebab letihh bangat...T_T

Cuba bayangkan, sorang perempuan sedang naik kereta mewah ( katakan nama dia Ani), then ternampak sorang perempuan yang muda sikit la dari dia ( katakan nama dia Siti) tengah jalan kaki bawak payung. Waktu tu hujan lebat. Pastu Ani cebik mulut bila ternampak Siti tengah jalan terkedek-kedek bawak payung dalam hujan. Perasaan yang ada pada Ani tu, menghalang dia masuk syurga k. Jadi jangan contohi perangai tak senonoh Ani tu... huhu.. k tu je.. dah azan Isyak, nak solat then nak masuk tido...

I'm really tired today. May Allah ease everything for tomorrow...^^,


* tak ada kaitan dengan sesiapa pun, cuma saya terfikir je, n sebagai muhasabah di malam hari  ;)


Saturday 29 June 2013

Sinopsis Novel : Noorah

Selongkar blog lama and terjumpa pasal buku Noorah ni. So, copy and paste balik :

*****

Ini kisah benar. 'Noorah' mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita Inggeris yang bernama Noorah Katheryn Bennett. Menyusuri kisah kehidupannya membuatkan diri insaf, rupanya ada insan lain yang lebih hebat diuji Tuhan. Noorah dilahirkan di dalam keluarga yang bahagia. Namun, setelah ayahnya mengenali dan berjinak-jinak dengan arak, hidup mereka sekeluarga  porak peranda. Perpisahan ayah dan ibu ketika kecil membuatkan Noorah dan adik-beradiknya yang lain terpaksa ditempatkan di rumah kebajikan.

Hidup dalam tekanan membuatkan Noorah banyak berfikir dan memerhati keadaan sekeliling. Pada mulanya, tegas tidak mahu bertuhan, menolak mentah-mentah termasuk agama Islam (dek kerana muslim sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik dan betul) tetapi siapa yang mampu menghalang hidayah Allah. Perantauannya di bumi Bahrain mempertemukannya dengan keluarga Khaleefah yang banyak menunjukkan akhlak yang begitu memikat hati. Akhirnya Noorah masuk Islam.


***
Buku setebal 292 muka surat ini ialah hasil temuramah penulis (Ummu Hani Abu Hassan Morad) selama 10 hari di kediaman Noorah (Kota London). Noorah diperincikan sebagai seorang wanita yang cekal, memiliki keinginan yang kuat, tabah, berani dan bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.
Jika membaca buku biografi, plot atau jalan cerita itulah keutamaannya.

RINGKASAN plot :
  • Sebelum Islam, namanya Kathryn. Kathryn dilahirkan sebagai anak ke 3 daripada 4 orang adik beradik di mana kesemuanya perempuan. Dia mengumpamakan dirinya seperti jari hantu yang paling tinggi, ditengah-tengah untuk melindungi adik beradiknya yang lain.
  • Ibu dan ayah bercerai membuatkan Kathryn dan adik beradiknya ditempatkan di rumah kebajikan Tidak lama selepas itu, dia dihantar ke penjara juvenil kerana mempunyai rekod buruk di rumah kebajikan kanak-kanak.
  • Mr Don, seorang pekerja sosial  mengambilnya  sebagai anak angkat kerana melihat Kathryn ada potensi untuk menjadi lebih baik.
  • Setahun selepas itu, Kathryn ingin memulakan kehidupannya sendiri dan mula mencari kerja dan belajar berdikari
  • Bekerja di Abu Dhabi membolehkannya fasih bertutur di dalam Bahasa Arab
  • Bekerja di Bahrain pula mempertemukannya dengan sebuah keluarga muslim sejati (mengamalkan ajaran Islam sebenar), Khaleefah. Dia menyewa bilik di rumah mereka, dan mereka pula menganggap Kathryne sebagai keluarga sendiri, selalu berkata-kata dengan perkataan yang baik, memuliakan dia sebagai tetamu, selalu menjemputnya untuk makan sekali. Dari situ, Noorah tertarik untuk memeluk agama Islam.

Banyak lagi penderitaan yang dilalui oleh Noorah setelah bergelar muslim, tetapi menariknya dia menghadapi setiap cubaan dengan begitu tabah seolah-olah dia seorang wanita yang sangat kuat. Tawakkalnya kepada Allah sangat tinggi. Pandai sungguh penulis mengadun kisah Noorah dengan selitan ilmu, ayat Quran, hadis dan motivasi. Maha Bijaksana sungguh Allah menyusun atur kehidupan manusia bernama Noorah ini !.

*5 bintang  (^^,)/


Tuesday 25 June 2013

Peristiwa naik bas dan Ujian hidup

Assalamualaikum

Saya kesian kat adik saya sekarang sebab dia sedang melalui fasa-fasa yang saya lalui sebaik saja tamat pengajian kat u dulu. Tapi saya tahu, lembik-lembik adik saya tu, dia kuat kat dalam..Tau tak, pagi tadi dia kena gigit dengan lipan !! Entah zikir apa yang dia baca, saya tengok dia relax je. Macam kena gigit dengan semut..

Teringat zaman sekolah dulu-dulu. Kalau dibandingkan antara saya dengan adik, kehidupan saya lagi mencabar kot (ni kalau cakap depan dia mesti dia protest. "Hampa tak tau kesusahan kami", kata Pah). Tapikan, sekurang-kurangnya bila dia nak pergi and balik dari sekolah, ayah la yang akan ambik dia. Kira senang la kan. Saya pulak kena naik bas UTC.

Ni la bas UTC

Hari-hari saya akan berdepan dengan debaran yang tinggi. Debaran pertama, waktu nak kena berebut-rebut naik bas and cari tempat duduk. Debaran kedua waktu nak tekan loceng bas sebab saya tak cukup tinggi. Kalau lambat tekan atau loceng tak bunyi, nanti bas tu terlajak jauh ! Ada hari, pak cik bas bawak laju macam orang mabuk. Boleh bayang tak, kalau tak dapat tempat duduk dan kena berdiri  dalam keadaan bas bergerak laju. Beg sekolah berat. Dalam susah payah,  kena struggle pulak untuk tekan loceng bas.

Pasal bas la saya lambat ke sekolah. Bas jugak membuatkan mood saya jadi tak baik. Macam-macam yang berlaku. Ada yang buruk, pahit, masam, sedih, memalukan. Kadang-kadang rasa macam meluat je nak pergi sekolah. Tapi, waktu tingkatan dua dan tiga, saya berkawan dengan Nurul Husna Ahmad. Walaupun mood saya sangat tak elok sebab bas buat hal, bila sampai je kat sekolah and jumpa dengan Husna, hati saya jadi okay balik..Sebab Husna suka senyum, gelak and buat lawak. ceria je. hehehe...

Baru-baru ni saya jumpa dengan Husna balik. Husna masih macam dulu lagi. Suka senyum and gelak-gelak. Saya rasa sangat beruntung Allah pertemukan saya dengan orang yang kuat-kuat. Perempuan besi. Bukan Husna je, Kak Esah, Kak Liza, Saufiyah.. dan jugak yang tak tersebut di sini. Masing-masing punya cerita tersendiri. Nampak happy je, rupanya Allah lebih tahu apa yang pernah dilalui. Ye la, nak jadi kuat bukannya semudah petik jari je kan.



Saya teringat satu ceramah yang saya dengar dalam rancangan Tanyalah Ustazah di TV9. Ustazah Norhafizah beri contoh tentang ujian hidup. Allah telah takdirkan darjat yang tinggi buat sorang hamba di Syurga kelak. Tapi dalam perjalanan hidup hamba tu, ada kesilapan yang dia buat, yang membuatkan dia semacam tak layak untuk capai darjat yang ditakdirkan tu. Jadi, Allah pun menguji dia dengan satu dugaan yang berat dan hebat. Bila hamba tadi tu berjaya menempuh cubaan tu dengan sabar dan tabah, maka Allah pun tinggikan darjat dia seperti yang telah ditetapkan sebelum ni...

Takut bila ingat pasal ujian ni. Tapi, Allah yang Maha Penyayang takkan uji hamba tu kalau hamba tu tak mampu tempuh. Ujian yang diberi adalah layak dengan kekuatan hamba tu sendiri. fuh. Berdoalah semoga sentiasa diberi kekuatan. Sesungguhnya manusia makhluk yang lemah. Bertuahnya muslim, sebab boleh bersandar pada Allah yang Maha Kuat, Gagah dan Perkasa. betul tak??
Allah sentiasa bersama kita. Dia sentiasa memerhati dan menilai kita. Penilaian Allah tu akan menentukan tempat yang layak buat kita disyurga kelak. Jadi, dalam mencari dunia jangan dilupa pada negeri akhirat yang lebih bersifat kekal. Ingat la, penilaian Allah lebih penting !  ^^,


Friday 21 June 2013

Blog lama tu..

Assalamualaikum

Saya rasa agak segan nak share blog lama kat facebook sebab dalam facebook tu ada idola dan kawan-kawan yang lebih ok dan bagus dari saya (akademik, kerjaya, hidup). Saya fikir, kalau diorang baca kisah hidup melarat yang saya tulis di blog lama tu, musti diorang gelak kat saya. Baru tadi saya rasa nak share link blog tu tapi bila baca beberapa kali , tak jadi pulak untuk share. Tak payah la. Tunggu la masa yang sesuai..Lagipun tak ada yang menarik sangat dalam blog tu..


sejukkan mata :)

Semalam, saya chatting dengan Latifah kat facebook, dia pun ada blog. Latifah ni coursemate saya masa kat USM. Sekarang tengah buat phd kat UTM. Blog dia sangat best! Inspiring!  Macam tu jugak dengan blog Fatin Liyana, Amalina Peter, Dr Halina dan ramai lagi. Si Fatin Liyana ni pelajar tahun akhir medik, dulu belajar kat Bandung dan pernah dapat anugerah Best Celebrity Blog dalam World Blogger & Social Media Awards 2012. Amalina Peter pulak businesswoman muslim yang sangat 'gagah'. Walaupun baru berusia 24 tahun, dah achived banyak kejayaan dalam hidup. Dr Halina ialah isteri Dr Sheikh Muszaphar angkasawan negara tu. Kehidupan sibuk sebagai seorang doktor tak menjejaskan peranan seharian sebagai seorang ibu ~ barelysupermommy. Bila diorang membukukan pengalaman masing-masing di dalam blog, secara tak langsung, ianya memberi inspirasi kepada orang lain.. Lagipun blog diorang santai. Relax je baca. Boleh tergelak jugak kadang-kadang tu. haha. 

Baiklah, sebenarnya saya nak bagitau sesuatu. Actually, saya nak buat business ! Inilah tujuan saya buat blog baru. Mulanya nak tulis lain, tapi akhirnya post benda lain pulak. Pun begitu, isu "Tawakal Tak Berbekal" yang saya copy dari majalah Solusi baru-baru ni memang best ! Sekurang-kurangnya ia memberi pedoman pada diri, mengetuk kepala yang hampir terlupa bahawa kalau nak sesuatu tu mesti berusaha. Nak dunia kena berusaha, nakkan akhirat juga kena usaha.

Gambar tangga

Akak saya sendiri dah start business kuih raya. Dia buat part time. Gigih betul malam-malam dok uli and bakar kuih. Tapi saya tak tahu sangat pasal business dia tu sebab dah kena spam kat facebook ! Biasa la adik beradikkan..huhuhu
Ok, setakat ini saja entri kali ni. Thank you pada yang sudi baca.  Siapa yang tak menyesal baca, sila klik like..^^,


Thursday 20 June 2013

Tawakal Yang Tidak Berbekal

Assalamualaikum

Entry daripada majalah Solusi. Have a look! :)


Tawakal harus berbekal. Tawakal itu sifatnya dinamik dan produktif, bukan reaktif, apalagi pasif. Sering diungkap oleh orang bijaksana: "Tuhan telah menyediakan rezeki untuk burung, tetapi ia perlu terbang untuk mendapatkannya."

Tingkat tawakal juga menentukan rezeki seseorang, bukan sahaja kudrat, usaha dan kegigihannya. Ini bukan bererti orang bertawakal tidak berusaha. Tetapi orang bertawakallah yang paling tinggi penyerahan dirinya kepada Allah sekaligus dia juga yang paling gigih berusaha.

Berusaha itu perintah Allah. Berserah kepada Allah juga perintahNya. Maka orang bertawakal itu jaguh dalam kedua-duanya. Hatinya terikat dengan Allah, kudratnya fokus kepada usaha.


Malangnya terdapat dua bentuk ekstrem yang sedang berlaku dalam kalangan umat. Satu kalangan yang hanya berbekalkan tawakal. Satu golongan lagi yang langsung tidak bertawakal.

Golongan yang hanya berbekal tawakal begitu beku dalam tindak tanduk mereka. Mereka tidak berusaha langsung untuk mencapai tahap kehidupan yang lebih baik, sebaliknya berpeluk tubuh seolah-olah menunggu sahaja rezeki jatuh dari langit. Keimanan kepada qadak dan qadar menjadi "escapism" untuk tidak berusaha.

Saidina Umar Al-Khatab pernah singgah di sebuah masjid. Di situ beliau melihat sekumpulan manusia yang asyik beribadah, tidak keluar bekerja.

"Mengapa kamu tidak keluar bekerja?"Saidina Umar bertanya.
"Zuhud", jawab mereka.

Saidina Umar berang lantas berkata : " Apa kamu fikir emas akan turun dari langit?" Lalu mereka digesa untuk bekerja mencari nafkah diri dan keluarga.

Manakala golongan kedua pula hanya berpaksikan usaha lahiriah tanpa bergantung harap kepada Allah. Betapa ramai cendekiawan yang menafikan kewujudan Tuhan? Malah dalam kalangan umat Islam sendiri, ramai orang yang  bergantung kepada usaha diri tanpa menguatkan hubungan dengan Allah. Hiduplah mereka tanpa solat, doa dan tawakal.

Golongan ini sentiasa diambang bahaya. Jika berjaya, kaya dan berkuasa, dia lupa diri, takbur dan zalim. Sebaliknya jika gagal, miskin dan lemah; dia rasa putus asa, kecewa dan hina.

Solusi edisi ke 56 kali ini datang dengan peringatan "Berbekal Tawakal". InsyaAllah dengan tawakal, hidup akan menjadi tenang walaupun dalam ujian yang sentiasa melanda!.

Ustaz Pahrol Muhd Juoi
Solusi Isu -56
M/s 6


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...