Friday 21 June 2013

Blog lama tu..

Assalamualaikum

Saya rasa agak segan nak share blog lama kat facebook sebab dalam facebook tu ada idola dan kawan-kawan yang lebih ok dan bagus dari saya (akademik, kerjaya, hidup). Saya fikir, kalau diorang baca kisah hidup melarat yang saya tulis di blog lama tu, musti diorang gelak kat saya. Baru tadi saya rasa nak share link blog tu tapi bila baca beberapa kali , tak jadi pulak untuk share. Tak payah la. Tunggu la masa yang sesuai..Lagipun tak ada yang menarik sangat dalam blog tu..


sejukkan mata :)

Semalam, saya chatting dengan Latifah kat facebook, dia pun ada blog. Latifah ni coursemate saya masa kat USM. Sekarang tengah buat phd kat UTM. Blog dia sangat best! Inspiring!  Macam tu jugak dengan blog Fatin Liyana, Amalina Peter, Dr Halina dan ramai lagi. Si Fatin Liyana ni pelajar tahun akhir medik, dulu belajar kat Bandung dan pernah dapat anugerah Best Celebrity Blog dalam World Blogger & Social Media Awards 2012. Amalina Peter pulak businesswoman muslim yang sangat 'gagah'. Walaupun baru berusia 24 tahun, dah achived banyak kejayaan dalam hidup. Dr Halina ialah isteri Dr Sheikh Muszaphar angkasawan negara tu. Kehidupan sibuk sebagai seorang doktor tak menjejaskan peranan seharian sebagai seorang ibu ~ barelysupermommy. Bila diorang membukukan pengalaman masing-masing di dalam blog, secara tak langsung, ianya memberi inspirasi kepada orang lain.. Lagipun blog diorang santai. Relax je baca. Boleh tergelak jugak kadang-kadang tu. haha. 

Baiklah, sebenarnya saya nak bagitau sesuatu. Actually, saya nak buat business ! Inilah tujuan saya buat blog baru. Mulanya nak tulis lain, tapi akhirnya post benda lain pulak. Pun begitu, isu "Tawakal Tak Berbekal" yang saya copy dari majalah Solusi baru-baru ni memang best ! Sekurang-kurangnya ia memberi pedoman pada diri, mengetuk kepala yang hampir terlupa bahawa kalau nak sesuatu tu mesti berusaha. Nak dunia kena berusaha, nakkan akhirat juga kena usaha.

Gambar tangga

Akak saya sendiri dah start business kuih raya. Dia buat part time. Gigih betul malam-malam dok uli and bakar kuih. Tapi saya tak tahu sangat pasal business dia tu sebab dah kena spam kat facebook ! Biasa la adik beradikkan..huhuhu
Ok, setakat ini saja entri kali ni. Thank you pada yang sudi baca.  Siapa yang tak menyesal baca, sila klik like..^^,


4 comments:

  1. Assalamualaikum, Liza. Jom buat bisness! Hehe.. kita pun ingat nak wat balik bisness lama. Tapi masa tak mengizinkan. Dah tak free macam dulu. By the way, bisness apa tu? Tertanya2 jugak. Leh tolong promote nanti.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Jom2. Ruziah ingat tak? dia pun buat business gak tau. Ambik tempahan menjahit. Liza takda skill jadi go on dengan business ni dulu. Herbalife. hehe. Akan diupdate di blog :)

      Delete
  2. salam liza .. pengalaman hidup banyak mengajar kita.. apa yang kita tulis dalam blog tu mungkin nampak santai-santai je... tapi membawa seribu makna dan berharga buat diri kita kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Betul tu Kak Wani. Bila kita tulis blog, kita akan ingat pengalaman2 lalu, apa yang pernah kita tempuh. Dan pengalaman2 tu menjadikan kita lebih matured dalam hidup :)

      Delete

Sila la komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...