Friday 30 August 2013

Pengalaman yang mahal

Assalamualaikum

Hari ni dah masuk hampir dua bulan saya menjadi guru ganti di sini. Hampir dua minggu juga saya bekerja tanpa cuti dek kerana kelas yang  diajar adalah kelas pelajar-pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Kelas tambahan takkan berhenti sehinggalah SPM tiba. Hari Sabtu, saya tumpang mendengar ceramah yang disampaikan oleh Puan Shaariah, Pengarah Kolej Mara Kuala Nerang sempena kursus Integriti guru MRSM Kepala Batas.  Sangat menginspirasikan diri untuk menjadi guru yang cemerlang, ikhlas mendidik dan memimpin pelajar-pelajar agar menjadi insan rabbani, insan yang mengenal Tuhan. 

Namun saya sedar, saya kepenatan. Penat dan kadang-kadang tertekan dengan environment baru yang perlu saya hadam cepat-cepat. Tapi,  semua tekanan tu Alhamdulillah berjaya disalurkan ke arah doa yang diadukan kepada Allah sehari-hari. Allah Maha Mendengar. Letih, adu pada Allah. Sedih, adu pada Allah. Nak marah, adu pada Allah. Semua masalah saya report kat Allah. Alhamdulillah, lemah-lemah saya, berjaya jugak saya diterima untuk sambung kontrak mengajar lagi dua bulan.

Sukar rasanya untuk beradaptasi dengan persekitaran baru. Maklumlah, meninggalkan alam Universiti hampir empat tahun lamanya, berkecimpung pula dalam dunia pendidikan rendah, tiba-tiba melompat untuk mengajar pelajar-pelajar elit di mana lidah mereka bagai air, minda mereka pantas mentafsir...Ia bukan mudah..Kadang saya terhimpit dengan perasaan sendiri. Hanya dapat memujuk hati,."tak apa, Allah kan ada. He is preparing something special for me. I will be an excellent teacher soon Insyaallah.




Bukanlah kerana harta seseorang guru itu dipandang mulia oleh pelajar atau masyarakat. Bukan juga kerana rupa. Tetapi kerana hebatnya hubungan yang terbina antara si guru dengan Rabb, kerana peribadi, akhlak, dan keluasan serta kedalaman ilmu yang dikongsi oleh guru tersebut dengan pelajar-pelajarnya. Didikan seorang guru yang ikhlas itu mahal !

#edited


No comments:

Post a Comment

Sila la komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...