Friday 2 August 2013

"Saya kesian kat kamu semua"

Assalamualaikum

Tinggal beberapa hari je lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri (kalau tak silap 6 hari lagi). Pun begitu, Ramadhan tak boleh la disia-siakan begitu saja. Kehadirannya perlu dihargai dengan sebaik mungkin. Ia salah satu tawaran hebat oleh Allah swt buat umat Baginda Muhammad saw yang berumur pendek, untuk merasai pahala seperti umat-umat terdahulu yang berumur panjang. Umur kaum Bani Israil panjangnya melebihi seratus tahun. Diorang berkesempatan untuk beribadat lebih dari 80 tahun. Umur umat akhir zaman pula pendek. Kebanyakannya hanya mampu hidup dalam lingkungan 60+ tahun saja. Sebab tu la Allah yang Maha Pemurah hadiahkan Lailatulqadar. Pada malam tersebut, pahala berganda dengan hebat seolah-olah melakukan ibadat seperti 83 tahun lamanya (seribu bulan). Amazing ! Subhanallah !


Dalam rutin harian mengajar di MRSM, banyak benda baru yang saya pelajari. Kadang rasa senang, dan kadang rasa susah. Allah jugak tempat saya mohon kekuatan. Allah saya kan Gagah !

Entah kenapa, sewaktu dalam kelas kemarin, saya tiba-tiba jadi sebak tengok muka anak-anak pelajar form 405 tu. Muka diorang macam tak bersemangat. (oih, kenapa perlu emo tiba-tiba kan..huhu) Atau mungkin ke sebab diorang posa, muka jadi lesu tidak bermaya?

Akibat emo tak bertempat tu, saya cakap kat diorang :

"Saya kesian kat kamu semua" sebak. Pastu saya diam.
"Kamu kan budak MRSM". Fikir saya, budak-budak MRSM mana boleh ada attitude macam tu. Diorang perlu sentiasa bersemangat waja ! hehe. kalau diorang dok buat malas-malas macam tu, Allah akan tarik balik nikmat ilmu, kebijaksanaan dan kelebihan-kelebihan yang diorang miliki sekarang. Sifirnya macam tu la. Semua kelebihan tu Allah pinjamkan untuk orang-orang yang layak je.


Apa yang saya lalui dalam hidup, saya rasa pahit. Bila tengok muka-muka suci tu, saya rasa kesian kalau diorang terpaksa tempuh jalan yang saya lalu ni. Di lalaikan oleh zone yang selesa. Maklum la form 4.  Moga Allah beri kemudahan kepada semua students untuk terus thabat dalam mencari ilmu pengetahuan. Ia bukan proses senang!

Sebelum keluar kelas, sempat saya pesan kat diorang, suruh banyakkan berdoa kepada Allah dalam bulan Ramadhan ni, mintak agar Allah beri kekuatan dan semangat. Manusia makhluk yang lemah, kepada Allah jugak tempat bersandar yang paling kukuh. Moga-moga dalam 28 orang tu, at least ada la dua tiga orang yang ingat  nasihat saya huhu. Sebenarnya nak membebel panjang, tapi loceng dah bunyi pulak..

Allah ya Rahman, Allah ya Rahim.. ^^,


No comments:

Post a Comment

Sila la komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...